Rabu, 14 April 2010

KERTAS KERJA " KEM MURNI DIRI"

PENGENALAN

Memahami peranan sebagai pendidik dan pemikul amanah sebagai hamba Allah di muka bumi ini, Akademi didikan Insan (ADNIN) yang merupakan sebuat institusi motivasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua golongan tidak kira golongan muda mahupun golongan tua, berperanan dalam mendidik dan menyampaikan segala tuntutan sebagai hamba Allah di muka bumi ini agar peringatan demi peringatan dapat si sampaikan dengan pelbagai kaedah, cara dan modul agar golongan-golongan ini tidak lari dari landasan seterusnya menghasilakan modal insan yang berkualiti. Justeru itu, ADNIN Management & Training Center menjalankan perancangan-perancangan aktiviti kepada anak remaja dan pelbagai lapisan usia untuk menghasilkan modal insan yang lebih memahami peranan dan tanggungjawab agar membawa meraka kearah kebaikan dan mencetuskan hasilan kualiti dalam pembinaan karekter dan personaliti.

MISI

Aspek akhlak merupakan perkara pokok untuk membentuk dan menghasilan generasi yang mengutamakan modal insan yang berkualiti seiring dengan percapaian dunia dan akhirat. Akhlak memainkan peranan penting dalam Islam seperti mana yg terdapat dalam Al-Quran surah Al-Qalam Ayat ke-4 yang bermaksud “Sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar akhlak paling agung” dan hadis yang bermaksud “Hanyalah aku(Muhammad) diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak” hadis riwayat Ahmad. Generasi zaman sekarang ini, sudah banyak lari dari landasan yang di tetapkan, dengan keruntuhan akhlak dan moral sudah cukup menggambarkan gejala sosial sekarang semakin menjadi-jadi. Juteru itu, ADNIN sebagai sebuah pusat motivasi ingin memperbaiki segala permasalahan akhlak yang melanda generasi kini agar seiring dengan AL-Quran dan Hadis iaitu menekankan aspek tunjang iaitu memperbaiki akhlak.

MATLAMAT/OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kecemerlangan di kalangan para pelajar berpotensi menerusi pendedahan dan latihan eksklusif berhubung kemahiran-kemahiran global seperti kepimpinan, komunikasi, hubungan antarabangsa dan diplomatik.

2.2 Memperbaiki akhlak remaja agar berteraskan Akidah Islam dengan mengikut ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah

2.3 Membentuk remaja agar berkeperibadian yang soleh dan solehah agar membentuk diri kearah positif tentaang perubahan diri supaya dapat membimbing manusia kearah kebaikan kelak.

2.4 Menanamkan sifat minat dalam mempelajari ilmu pengatahuan supaya melahirkan generasi yang celik ilmu pengetahuan supaya suatu hari nanti bernilai dan mendatangkan manfaat kepada Negara kelak .

2.5 Memberi penekanan terhadap aspek motivasi terhadap diri agar lebih memahami peranan dan tanggungjawab.

2.6 Memberi kesedaran kepada remaja tentang peranan dan aspek dalam kehidupan agar melahirkan golongan yang dapat membantu dalam melahirkan sebuah Negara yang maju.

2.7 Mengaplikasikan kepada remaja tentang keupayaan masing-masing dalam pelajaran agar dapat melonjak kearah kecemerlangan untuk melahirkan aset-aset negara yang bernilai.

2 ulasan:

  1. Kertas kerja ini bernafaat untuk dijadikan rujukan dalam melaksanakan program jati diri pelajar.Terimakasih sangat-sanat.

    BalasPadam
  2. sands casino online | SEGATIC PLAY
    Play now for real money with the best septcasino online casino games at SEGATIC PLAY. We 바카라 provide you with the best online casino games, top slots, หาเงินออนไลน์ table games and online poker.

    BalasPadam